[BM] Selangor Red Giants lakar sejarah baharu, juara MPL Malaysia berturut-turut, sasar 'Golden Road' di Kejuaraan Dunia M6

2 Jan 25 | 300 min read

News Image
  • dflkad;f
  • fadfdaadf
     

 

JOHOR BAHRU, MALAYSIA, 4 November Selangor Red Giants menewaskan Team Vamos 4-2 semalam di peringkat Grand Finals Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia Musim Ke-14, menjadi pasukan pertama yang berjaya memenangi MPL Malaysia sebanyak dua kali berturut-turut. Pelakar sejarah ini sebelum ini mencatatkan kemenangan pertama e-sukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) untuk Malaysia di persada antarabangsa pada Julai dengan menjuarai MLBB Mid Season Cup (MSC) di Arab Saudi.

 

Selangor Red Giants akan meneruskan sasaran mereka untuk Golden Road – kejayaan memenangi semua acara e-sukan MLBB dalam tahun yang sama (MSC 2024, MPL Malaysia Musim Ke-14, dan Kejuaraan Dunia M6) – di M6 yang akan memulakan pusingan Wild Card pada 21 November. Kedua-dua Selangor Red Giants dan Team Vamos layak ke Pentas Utama M6 yang akan berlangsung pada 28 November di mana mereka akan merebut hadiah wang tunai terkumpul AS$1 juta.

 

Sila lihat jadual penuh M6 di sini: https://en.moonton.com/news/133.html